Sunday, 26 April 2015

Muzium Kapal Selam Melaka..


Assalamualaikum..

Entry kali ini nak share sikit pasal muzium kapal selam..typically kalau orang sebut muzium mesti akan terfikir 'boring' tapi muzium kapal selam ni seriously lain dari yg lain..sebab visitor akan dapat merasai memasuki kapal selam sebenar yg penah digunakan oleh navy..

Ok, sebelum tu..untuk info korang, kt dunia ni ada 26 negara sahaja yg ada muzium kapal selam, termasuk Malaysia..kalau area Asia ni Malaysia, Jepun, India, Pakistan & Indonesia je yang ada..

Di Malaysia, muzium kapal selam terletak di Pantai Klebang Melaka..kapal selam SMD Ouessant Agosta 70 bersaiz 67.57m panjang, 11.75m tinggi & 6.5m lebar..kapal selam ini dibina pada 1979 oleh Arsenal de Cherbourg di Perancis digunakan oleh Navy Perancis sehingga tamat tahun tauliahnya pada 2001..kemudia digunakan oleh Navy Malaysia sebagai kapal selam latihan pelatih daripada 2005 sehingga 2009..pada tahun 2012 kapal selam ini diserahkan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia kepada Kerajaan Negeri Melaka yg dikawal selia oleh Perbadanan Muzium Melaka..masuk RM3 untuk dewasa & RM1 untuk kanak-kanak..

Korang boleh tawaf keliling kapal selam ini untuk tengok dengan lebih dekat macam mana bentuk kapal selam sebenarnya..



Kat bawah perut kapal selam ini ada disediakan TV & info board untuk korang lebih memahami struktur kapal selam & juga proses pengalihan kapal selam ni drpd laut ke darat..




Then ada 2 tangga, naik & turun untuk korang merasai pengalaman memasuki kapal selam..nak masuk ke dalam kena pegang kasut sendiri ye sebab masuk ke dalam kapal selam kena berkaki ayam..

Rupa2nya sebesar besar alam kapal selam ni, dalam kecil je..agak sempit & crowded jugak la..ada bilik tidur, ruang makan, ruang meeting, dapur, driving seat, nagivation section, engine compartment, torpedo launcher & lain2 tapi di dalam ruang yg terhad..korang tengok la sendiri..












Good experience & best!! 




Wednesday, 15 April 2015

Nak booking flight ticket online??Camni caranye...

Bismillaahirrahmaanirrahim..Assalamualaikum....

Entry kali ini aku nak share sikit pasal booking ticket online..samada yg lower budget airline macam airasia, firefly atau malindo..ataupun premier airline macam MAS ataupun SIA, basic step nya lebih kurang je..yg membezakannya of course pricing, airline procedure & policy..

So rasanya better aku share guna airasia sbb most people choice & aku ade experience booking airasia thru online booking..ape yg korang mesti ada ialah PC, internet tanpa gangguan & online banking..

1- Buka website airasia..www.airasia.com.my..


2- Pilih origin, destination, depart date, return date & utk berapa orang..biasanya by default airasia memang pilih utk return option..maknanya harga tiket utk pergi & balik..then click search..ok sekarang aku terasa macam nak pergi langkawi daripada klia2..date 1st May 2015 until 3rd May 215..


3- Keluarlah beberapa option yg ada..korang boleh pilih nk flight pukul berapa..tapi kalau rasa mcm nak tukar date ataupun nak cari date yg offer lowest cost, korang click di "View by month"..akan keluar 4minggu punya rate price..biasanya weekend lebih mahal drpd weekday..malam pula biasanya lebih murah drpd siang..& kalau public holiday pun sure mahal sikit..


So drpd chart di atas, utk pergi 2 May murah & balik 6 May murah..so aku decide pilih date tu la sbb paling murah..then pilih nak pukul berapa flight..tapi ingat, dalam 1 hari, flight ada banyak, harga pun berbeza2..so pilih la yg paling murah tapi masih convenient utk korang..kalau ada remark "limited" maknanya flight utk jam itu ada less than 5 seats..so kena buat keputusan cepat la..hehe..

4- Dh confirm click continue..tiket aku pergi & balik ialah RM39.01/way..so RM39.01 x 2 = RM78.02..harga RM39.01 ni sebenarnya utk harga tiket/fare + airport charges..setiap airport lain2 costnya ye..tapi RM78.02 ni belum finalize lagi ye..ada beberapa cost2 disebalik tabir sat lagi aku explain..hehe..by the way utk info korang harga RM39.01 tu termasuk gst ye..

5- Tengok, baru aku cakap, tetiba je jadi RM141.62..tapi rilek, jangan panic sampai tak jadi booking je..korang isi dulu contact details..nama, no phone, email..kena masukkan juga nama waris terdekat..
Ok, aku explain sikit mana datangnya RM141.62..tadi cost RM78.02..then automatic airasia masukkan luggage cost sebanyak RM31.80 utk sehala..so RM78.02 + RM31.80 + RM31.80 jadilah RM141.62..kalau nak save, utk pergi tak perlu la ambil luggage sbb tak ada barang lagi..untuk balik je ambil sebab barang banyak hasil tuaian shopping..hehe..ok so tolak luggage cost masa pergi, kos sekarang jadi RM109.82..


6- Click no baggage aka luggage kt selection checked baggage..kalau korang nak makan pn terus pilih kat selection kt bawah tu..tapi x yah ngada2 la..setakat nak pergi langkawi 45min nak makan buat apa..tp utk yg nk merasa makan, baik pilih option ni siap2 sbb lagi jimat drpd purchase kt troli stewardess..


7- Pilih la nak ambil insurance airasia ataupun ambil insurance luar..prefer ambil je insurance airasia ni..so tambah RM21.20, jadi RM131.02..


8- Kalau nak pilih option lain pn boleh kat sini macam shuttle drpd kl sentral ataupun car rental..utk counter check-in ni, better tak perlu ambil..just guna online je..then print sendiri boarding pass..kalau pergi kaunter kena cas RM10..


9- Then pilih seat, especially yg pergi berdua ataupun bawak budak..kena la pilih seat sebelah menyebelah..harga pun berbeza..paling murah RM6.36, RM10.60 & RM31.80..ambil paling murah sudahhh..so cost sekarang RM137.38..tapi kalau setakat pergi sorang2, tak perlu pilih seat pn tak ape..airasia akan randomly pick utk korang..


10- Buat payment guna online banking..


11-Airaisa akan hantar 3 email..email confirmation, email utk check-in & email insurance policy..
email confirmation macam ini, setiap booking ada booking number..aku punya booking number D6UV6V seperti di bawah..


Email insurance policy macam gini,


Email confirmkan check-in cam ini..biasanya seminggu sebelum flight, korang boleh check-in..just click je..


 12- Check-in..masukkan kod number & details..


13- Print bording pass..dah siap!!

Pergi airport just tunjuk je boarding pass tu..so selamat mencuba & selamat berjalan..
Cadangan atau teguran amat dialu-alukan..takut tersilap..hehe.. =)
 

Monday, 13 April 2015

Exchange Rate Info..aka Pertukaran Wang Asing - MYR kepada VND (Vietnam Dong)

Assalamualaikum...

InsyaAllah kalau diberikan kesihatan yg baik, tak ade aral melintang, saya akan ke Ho Chi Minh Vietnam..trip kali ini follow sport club company..sport club sgt aktif, setiap tahun akan bawa semua member2 pergi trip sama ada dalam atau luar negara..masa start kerja dulu tahun 2010 diorg pergi Singapore, trip naik bas je..tapi x leh pergi sbb belum confirm lg time tu..then next year nya pergi local je, Langkawi tapi naik flight..so merasalah 1st time naik flight time tu..then tahun 2012 first experience buat passport sbb diorg arrange pergi Medan, Indonesia..2013 plak pergi Bangkok, Thailand..& tahun lepas pergi Jakarta/Bandung, Indonesia..& committee sport club tahun ni pula arrange pergi Ho Chi Minh, Vietnam..maybe lepas ni boleh la buat throwback aka baling belakang tempat2 yg dh pernah pergi follow sport club utk share experience & info..

By the way, utk yg nak pergi Vietnam, currency Vietnam menggunakan Vietnam Dong (VND)..& rupa2nya currency Vietnam ni lagi rendah drpd Rupiah Indonesia..based drpd info di official website Bank Negara, www.bnm.gov.my rate tukar 1juta VND = RM169..kalau compare 4 bulan tahun 2015 ni, sekarang rate tengah tinggi sbb pada Januari/Februari average 1juta VND = RM 168..refer average rate di bawah;


Month Rate
Jan-15 0.0168
Feb-15 0.0168
Mar-15 0.0172
Apr-15 0.0169

Ni pula rate untuk bulan ini..

Source:
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=statistic&pg=stats_exchangerates&lang=en&StartMth=1&StartYr=2015&EndMth=4&EndYr=2015&sess_time=1200&pricetype=Mid&unit=rm

Semalam tanya2 di kuala selangor & shah alam berapa rate sekarang..& di giant kuala selangor, 1juta diorg jual RM185 (maknanye diorg ambil untung RM17 utk setiap VND1 juta)..di Kompleks PKNS shah alam, ratenya ialah RM176/1juta VND..so korang boleh untung RM9 setiap 1juta VND compare to di Kuala Selangor..di tempat lain tak tahu la pula..siapa yg dapat lagi murah lagi untung..selamat mensurvey!! =)

Tuesday, 7 April 2015

Homestay Kebun Baru, Sabak Bernam..

Assalamualaikum..next entry ni masih lagi berkenaan homestay di sabak bernam...kali ni nak introduce 1 homestay di tebuk jawa, sabak bernam..

Ni front view homestay ini..siap ada garaj utk kereta, muat utk 2 kereta..dan juga garaj utk melepak2..ataupn utk aktiviti2 lain spt masak2 ataupun utk aktiviti keluarga..


Homestay ini ada 3 bilik..agak luas juga lah..kalau untuk 2 atau 3 keluarga rasanye OK je..

Sprti biasa, belanja skit gambar2 homestay ni..ni ruang tamu..


Gambar bilik;




Ni plak gambar dapur..dapur jgn rsau, cukup sifat dh..kdg2 di certain homestay, pinggan mangkuk ada 2 3 ketul je..tp homestay ni cukup utk buat kenduri dh..hehe..


& as usual, toilet sgt bersih..ada 2 toilet, satu di master bedroom..& lagi 1 di bahagian dapur..


Kemudahan yg ada di homestay ini TV, fridge, dapur, katil..

Homestay ini terletak di kebun baru, tebuk jawa, sabak bernam..berdekatan dengan politeknik sabak bernam, sbpi sabak bernam, ildas, kolej komuniti sabak bernam..so utk sesiapa yg ada program di sana boleh la bermalam ni homestay ini..

Juga sesuai utk jadi rumah bertandang keluarga yg menghantar pengantin di area berdekatan..spt di sg air tawar, bgan nakhoda omar (BNO), sabak bernam ataupun sg besar..

Harga yg ditawarkan ialah RM150/malam..tuan rumah juga boleh menyediakan lain2 pakej mengikut kehendak penginap di homestay ini spt catering & sebagainya..

Sila hubungi 01135790910 - Kak Siah @ 0189771572 - ikhwan..

Wednesday, 1 April 2015

Kampung Style!! Homestay di Sabak Bernam..

Assalamualaikum..

Hold dulu ceritera Penang Trip sbb kekangan masa nk taip berjela2...nak share skit psl ada 1 homestay di Sabak Bernam ni..exact location, Kebun Baru, Kg Tebuk Jawa, Sabak Bernam...


Senang je sebenarnya nk cari..dari pekan sg besar, terus melalui jalan besar menghala ke sabak bernam..then jumpa simpang ada traffic light masuk kiri..trademark di traffic light tu ada JPJ cawangan sabak bernam..kemudian terus sehingga traffic light seterusnya, jalan terus menghala ke bagan nakhoda omar (BNO)..then sebelum sampai area BNO, ada lorong kg sebelah kiri..nama lorong nya "Jalan Sumun"..berhadapan lorong jalan sumun ni ada carwash..

Sesiapa yang nak merasai suasana aman, nyaman, sunyi, jauh dr bising, sgt recommend utk stay di sini..juga sesuai utk dijadikan tempat persinggahan sebelum kenduri kahwin di area sabak bernam ataupun untuk keluarga pelajar poli engku umar di sabak bernam ini..

Homestay ni half kayu, half batu..so even kampung style, masih sgt2 selesa utk seisi keluarga..malam siyes sgt2 sejuk..so utk yg dh biasa tdo bertemankan aircond, tak perlu risau sbb sni pn sejuk mcm aircond 18deg jgk..hehe..& homestay ini adak besar..so kalau setakat 2 atau 3 keluarga mmg selesa sgt..ada 3 bilik semua nya..ada 1 hall besar di sebelah atas..nak rasa tidur bergelimpangan ramai2, boleh la tdo di hall shj..


Siap ada garaj kereta..muat utk 3 kereta..


Belanja sikit pic homestay ni..






Belah atas..sgt lapang..boleh main futsal atas ni..ada 2 bilik di belah atas..



Ada 1 bilik di belah bawah..
 Ini bilik belah atas..

Toilet jgn rsau x ckup..ada 2..


Fasiliti yg ada, spt dapur, tv, radio, meja makan, buaian, fridge, katil tp yg pling best..experience....
Tuan rumah juga menyediakan perkhidmatan catering jika ada yg memerlukan..

Actually area sabak bernam ni ada few activity yg korang boleh buat..antara nya, makan/lepak di tepi pantai BNO..smbil makan mee udang yg sedap juga..pantai BNO ini hanya 5 min daripada homestay..utk yg minat memancing laut dalam juga boleh cari bot2 nelayan di BNO..
Utk yg kaki shopping kain2..di sg besar ada beraneka kedai kain yg boleh tahan menariknya..utk siapa yg dh biasa shopping di sg besar msti sudah tau ke'best'an nya mcm mne..
Utk yg nak rasa masuk bendang aka sawah padi, juga boleh ke sawah di sg besar..almaklum la kdg2 bdk2 sekarang dr kcil duduk di apartment, x penah jejak kaki ke bendang..boleh la merasai pengalaman ini..
Utk yg kaki jalan2 cari makan juga boleh merasai aneka makanan di area sabak bernam & sg besar..daripada breakfast smpi la supper..byk makanan2 kg yg korang boleh jumpa di sini..asyik pekena mamak je, sekali sekala pekena makanan kg ni syok jgk..

oh lupa pula..utk berminat bermalam ni homestay ini, boleh la menghubungi di 0189771572 utk pertanyaan..kadar 1 malam adalah RM150..