Sunday 26 April 2015

Muzium Kapal Selam Melaka..


Assalamualaikum..

Entry kali ini nak share sikit pasal muzium kapal selam..typically kalau orang sebut muzium mesti akan terfikir 'boring' tapi muzium kapal selam ni seriously lain dari yg lain..sebab visitor akan dapat merasai memasuki kapal selam sebenar yg penah digunakan oleh navy..

Ok, sebelum tu..untuk info korang, kt dunia ni ada 26 negara sahaja yg ada muzium kapal selam, termasuk Malaysia..kalau area Asia ni Malaysia, Jepun, India, Pakistan & Indonesia je yang ada..

Di Malaysia, muzium kapal selam terletak di Pantai Klebang Melaka..kapal selam SMD Ouessant Agosta 70 bersaiz 67.57m panjang, 11.75m tinggi & 6.5m lebar..kapal selam ini dibina pada 1979 oleh Arsenal de Cherbourg di Perancis digunakan oleh Navy Perancis sehingga tamat tahun tauliahnya pada 2001..kemudia digunakan oleh Navy Malaysia sebagai kapal selam latihan pelatih daripada 2005 sehingga 2009..pada tahun 2012 kapal selam ini diserahkan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia kepada Kerajaan Negeri Melaka yg dikawal selia oleh Perbadanan Muzium Melaka..masuk RM3 untuk dewasa & RM1 untuk kanak-kanak..

Korang boleh tawaf keliling kapal selam ini untuk tengok dengan lebih dekat macam mana bentuk kapal selam sebenarnya..



Kat bawah perut kapal selam ini ada disediakan TV & info board untuk korang lebih memahami struktur kapal selam & juga proses pengalihan kapal selam ni drpd laut ke darat..




Then ada 2 tangga, naik & turun untuk korang merasai pengalaman memasuki kapal selam..nak masuk ke dalam kena pegang kasut sendiri ye sebab masuk ke dalam kapal selam kena berkaki ayam..

Rupa2nya sebesar besar alam kapal selam ni, dalam kecil je..agak sempit & crowded jugak la..ada bilik tidur, ruang makan, ruang meeting, dapur, driving seat, nagivation section, engine compartment, torpedo launcher & lain2 tapi di dalam ruang yg terhad..korang tengok la sendiri..












Good experience & best!! 




No comments:

Post a Comment