Assalamualaikum..
Hold dulu ceritera Penang Trip sbb kekangan masa nk taip berjela2...nak share skit psl ada 1 homestay di Sabak Bernam ni..exact location, Kebun Baru, Kg Tebuk Jawa, Sabak Bernam...
Senang je sebenarnya nk cari..dari pekan sg besar, terus melalui jalan besar menghala ke sabak bernam..then jumpa simpang ada traffic light masuk kiri..trademark di traffic light tu ada JPJ cawangan sabak bernam..kemudian terus sehingga traffic light seterusnya, jalan terus menghala ke bagan nakhoda omar (BNO)..then sebelum sampai area BNO, ada lorong kg sebelah kiri..nama lorong nya "Jalan Sumun"..berhadapan lorong jalan sumun ni ada carwash..
Sesiapa yang nak merasai suasana aman, nyaman, sunyi, jauh dr bising, sgt recommend utk stay di sini..juga sesuai utk dijadikan tempat persinggahan sebelum kenduri kahwin di area sabak bernam ataupun untuk keluarga pelajar poli engku umar di sabak bernam ini..
Homestay ni half kayu, half batu..so even kampung style, masih sgt2 selesa utk seisi keluarga..malam siyes sgt2 sejuk..so utk yg dh biasa tdo bertemankan aircond, tak perlu risau sbb sni pn sejuk mcm aircond 18deg jgk..hehe..& homestay ini adak besar..so kalau setakat 2 atau 3 keluarga mmg selesa sgt..ada 3 bilik semua nya..ada 1 hall besar di sebelah atas..nak rasa tidur bergelimpangan ramai2, boleh la tdo di hall shj..
Siap ada garaj kereta..muat utk 3 kereta..
Belanja sikit pic homestay ni..
Belah atas..sgt lapang..boleh main futsal atas ni..ada 2 bilik di belah atas..
Ada 1 bilik di belah bawah..
Ini bilik belah atas..
Toilet jgn rsau x ckup..ada 2..
Fasiliti yg ada, spt dapur, tv, radio, meja makan, buaian, fridge, katil tp yg pling best..experience....
Tuan rumah juga menyediakan perkhidmatan catering jika ada yg memerlukan..
Actually area sabak bernam ni ada few activity yg korang boleh buat..antara nya, makan/lepak di tepi pantai BNO..smbil makan mee udang yg sedap juga..pantai BNO ini hanya 5 min daripada homestay..utk yg minat memancing laut dalam juga boleh cari bot2 nelayan di BNO..
Utk yg kaki shopping kain2..di sg besar ada beraneka kedai kain yg boleh tahan menariknya..utk siapa yg dh biasa shopping di sg besar msti sudah tau ke'best'an nya mcm mne..
Utk yg nak rasa masuk bendang aka sawah padi, juga boleh ke sawah di sg besar..almaklum la kdg2 bdk2 sekarang dr kcil duduk di apartment, x penah jejak kaki ke bendang..boleh la merasai pengalaman ini..
Utk yg kaki jalan2 cari makan juga boleh merasai aneka makanan di area sabak bernam & sg besar..daripada breakfast smpi la supper..byk makanan2 kg yg korang boleh jumpa di sini..asyik pekena mamak je, sekali sekala pekena makanan kg ni syok jgk..
oh lupa pula..utk berminat bermalam ni homestay ini, boleh la menghubungi di 0189771572 utk pertanyaan..kadar 1 malam adalah RM150..
Homestay atau Rumah Penginapan di Sabak Bernam seperti hometsay nurkasih inapdesa
ReplyDeletehttps://nurkasihinapdesa.blogspot.my/
——————————————————————
Servis tambah dan naikkan followers instagram malaysia
https://masterxmyb.blogspot.my/
I think this is an informative post and it is very beneficial and knowledgeable. Therefore, I would like to thank you for the endeavors that you have made in writing this article. All the content is absolutely well-researched. Thanks... homestay melaka with swimming pool
ReplyDelete